
Pendahuluan
Infaq ini dijalankan bagi membantu menaik taraf Surau Diri Jumaat Wan Nong kepada Masjid Wan Nong. Jumlah dana yang diperlukan bagi pembinaan Masjid Wan Nong adalah sebanyak RM 6 Juta.
Latar Belakang Surau Diri Jumaat Wan Nong
Surau Wan Nong - 2003-2015
Surau Diri Jumaat Wan Nong - 2015-Sekarang
Masjid Wan Nong - Bakal Dibina
Surau Wan Nong telah mula dibina dan digunakan sejak tahun 2003. Saban tahun dan hari bilangan jemaah yang mengimarahkan surau ini semakin bertambah seiring dengan pertambahan penduduk taman yang semakin meningkat. Bilangan rumah yang mencecah 1000 buah menggambarkan kawasan taman ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menetap di sini memandangkan kawasannya yang strategik iaitu menjadi laluan utama ke Pantai Timur.
Surau Wan Nong telah dinaik taraf kepada Surau Diri Jumaat Wan Nong (SDJWN) pada tahun 2015. Pentauliahan kepada SDJWN ini diberikan kerana bilangan jemaah yang ramai tidak dapat ditampung oleh Masjid Nurussalam, Batu 4, Gerik. Hal ini amat ketara pada solat Jumaat, solat tarawih serta solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Kebanyakan jemaah terpaksa mengerjakan solat di luar surau apabila melibatkan program yang besar.
Secara ringkasnya hasrat penduduk di Taman Desa Permata, Taman Desa Mutiara dan Taman Desa Baiduri mendapatkan masjid baru amatlah tinggi bagi menampung jumlah penduduk yang meningkat dan juga menambahkan keselesaan dalam beribadah.
Keadaan Semasa Surau Diri Jumaat Wan Nong

.jpg)



Gambaran Plan Masjid Wan Nong


Fasiliti Baru Di Masjid Wan Nong
| 1. Ruang Solat Berkapasti 1000 orang | 4. Bilik Jenazah | 7. Pejabat Pentadbiran |
2. Bilik Kuliah | 5. Bilik Tetamu Lelaki | 8. Bilik Imam & Bilal |
| 3. Bilik Mesyuarat | 6. Bilik Tetamu Perempuan | 9. Tandas & Tempat Wudu' |
Kelulusan Dari Jabatan Agama Islam Perak



Harapan
Kami di pihak ajk masjid merayu sumbangan tuan dan puan untuk menyumbang dalam pembinaan Masjid Wan Nong yang baru. Kami berharap masjid ini dapat disiapkan dengan kadar yang segera bagi memberi keselesaan kepada warga penduduk utk beribadah dengan selesa. Segala jasa dan sumbangan tuan dan puan kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.